Monday, April 27, 2009

Curtain punya hal

Ni lah penangan kalo buat kerje last minute. Kisahnya hal curtain. Sabtu lepas pergi borong kain utk. semua bilik di Nagoya. Living hall nyer kain mmg dah beli hujung minggu yang sudah. Tah sempat ke tak semua langsir ni nak dijahit. Nak optimist sgt tak boleh, so target before Khamis ni, semua night curtain utk setiap bilik mesti siap hehe! Day curtain lepas pindah esoklah saya selesaikan. Byk hal yang tersangkut tapi Jumaat ni mmg kene pindah by hook or by crook. Huhuhu!...


Nah sebeban kain, kalo tak jahit jugak tak tahulah!


Ni lah kain² yang terlibat dalam kejadian potong-memotong pukul 3 pagi tadi.
Sliver-black: 3rd bedroom - Bilik menyimpan baju-bajuan
Pink-white: 2nd bedroom - Bedroom akan playroom Yasmin
Cream-black circles: 4th bedroom - Working room
Gold-lavender: Master bedroom


Potong sekeping² ikut ukuran tingkap.


Jahit jgn tak jahit. Ni mula menjahit curtain utk 3rd bedroom.


Ok satu bilik selesai! Mengasah skill menjahit curtain. Esok mlm kita sambung lagi okes!

Wednesday, April 22, 2009

Tukar sekolah?


Yasmin with her friends during last year graduation day. (Haihh..bebudak skang kecik² da graduate)

Minggu depan kitaorg akan pindah ker rumah baru. In which locationnyer tu mmg dekat dengan Cyberjaya, 10min drive. Masalah lain yang timbul ialah lokasi sekolah Yasmin sekarang - Cendikiawan Educare. Kalo skrang, 3 min drive pon da sampai sbb mmg just 2 block away from our apartment. Tapi kalo dah pindah esok... nun di hujung dunia, walopon ofis papanyer die MOF tapi campo tolak traffic lights dan traffics, naik lunyai jugak badan dan poket for the petrol nak pergi balik. Kalau Yasmin tak tukar sekolah papa punya daily driving routine will be like this:

Kota Warisan - MMU - Sekolah Yasmin (Precint 9) - MOF - Sekolah Yasmin (Precint 9) - MMU - Kota Warisan

Kalo ikutkan hati saya memang sayang nak tukarkan Yasmin ke sekolah lain sebab she enters the daycare tu since she was 3 months old. Dah 2 kali buat persembahan akhir tahun dan join 1 sukan tahunan yang happening giler. Tak dinafikan cikgu² memang berkaliber dan boleh dipercayai. Smlm dah survey daycare centre MMU. Not bad jugak. Cikgu² peramah dan budak-budak pon ok dengan cikgu² sedangkan diorg baru take over the operation just 3 weeks. Hemm... kalau Yasmin tukar sekolah papa lah yang paling senang, tak perlu penat² kehulu kehilir. His new driving routine will be:

Kota Warisan - MMU- MOF - MMU - Kota Warisan

Hopefully saya buat keputusan yang betul utk Yasmin dan i wish she can adapt with the new environment, new friends & new teachers very well soon. Every mothers want the best for their kids! So do I! InsyaAllah amin...

Tuesday, April 21, 2009

Wall Decal - Drive me crazy!

Walopon bajet utk. renovationrumah dah tinggal ciput, saya masih ade hati nak decorate bilik Yasmin. Ni antara bende yang buat saya sasau memilih ahahah! Kalo sesape yang rasa nak refurbish hall, bilik atau dinding² kosong kat rumah tu marilah kita sama parkinson tgk wall decal from few companies yg. sell their wall decal online. Ape mende yang tak sell online nowadays? Tell me heheh! Jom kita cuci mate!




Ape ade dlm beg saya?

Ni taggy yang paling gile penah saya buat. Farah punya angkara. Pk dua kali nak buat hahahah! Takpe ler korang sure teringin nak tengok apa ade dlm beg saya bukan? Hahha mari kita lihat siapa yang kena!

1. Find a very safe place
Tak kisah mana² janji with my hubby and Yasmin.

2. Take a picture of your current handbag and its content.

Handbag ni beli through online last year ngan Sis Ninnie Fayek.


Ha nah.. lihat lah mcm² ado!

3. Reveal all the items in your bag

Nah..lihat pelbagai barang kan?
Dari kiri yer -
  1. Bonia kesayanganku
  2. CDs (MOE Projects)
  3. Bills dlm envelop
  4. Kertas ada tulis total lampu nak kene beli utk rumah serta bajet allocation for house.
  5. Cheque book
  6. Resit makan kat fudcot Jusco Balakong
  7. Biz card PhoaHoa - restoran mee sup vietnam yg best gile kat Mines
  8. Biz card contractor kitchen cabinet - Ricky
  9. Compact powder - Revlon
  10. Minyak wangi Victoria Secret
  11. Notebook ade tulis ukuran railing utk tingkap umah
  12. Sebeban getah ikat rambut Yasmin
  13. Calculator
  14. Foundation Maybelline
  15. Sepit rambut Yasmin
  16. Pencukur kening yg digunakan untuk trim misai dan kumisku - shy I!
  17. Syiling
  18. Hp- N95
Ni yang duduk kat poket luar.
Dari kiri:-
  1. Resit World of Cartoon
  2. Syiling lagi
  3. Pensil tekan ade cop Franklin Covey dpt mase training 7 Habit dulu. Tgk pencil ingat 7 habits hahah!
  4. Pen Kilometrico - tabik spring utk brand ni, masih wujud sampai skang.
  5. Kunci rumah berkeychainkan miniature terompah kayu, beli mase pi Filipina 3 tahun lepas.
  6. Pemadam - sahabat baik pencil tekan itus.

4. The must have items in your bag?
Hp and my purse.


5. The most embarrassing item?
Pisau trim misai.

6. The tiniest item?
Sepit rambut si Mimin.

7. tag as many people as you like:
Kak Keh, Emo, Mailal, Kak Aida, Teh, Lily,

Leaking yang hebat...

Smlm hubby pi tgk contractor buat plaster ceiling kat rumah Kota Warisan dan die balik bersama gambar leaking yang sgt hebat pada dinding dan lantai yang dekat dengan toilet masterbedroom. Ceiling bawah toilet tu pun kene jugak. Mmg terkejut dan bengang sbb dah dua bulan report kat developer pasal leaking nih...dah teruk baru terhegeh² nak betulkan. Seperti biasa tugas terjah - menerjah dan bebelkan developer di telefon diserahkan kepada saya. Pagi tadi dah telepon org yang bertanggungjawab, katanya "Sekarang jugak kak saya pegi tengok"... turun lah sikit blood pressure. Ni ade skit pic. nak share huhuh!

Start from the toilet in the masterbedroom


Then to the wall outside the masterbedroom...


To the ceiling below the toilet....


And this afternoon it spread to the ceiling right below the toilet.

*Sigh...T_T

Amuk Yasmin

Lame dah tak menepek update kat blog nih. Bz dengan opis dan hal² nak berpindah-randah. Minggu lepas Yasmin demam yang pelik... hanya kepala yang panas, sian si kecik tu. Melepek tapi masih gagah pegi Birhtday party Farissa last weekend. Ni saya tepek skit aksi Yasmin amuk di Alamanda gara2 nakkan patung baby ala2 mcm patung cerita pontianak yg Norkumalasari berlakon tuh. Ngeri mak.



Selain aksi amuk ni, Yasmin lately ni bertambah cerewet. Baju nak pink, seluar nak pink, kasut nak pink..pendek kata apa yg pink ajelah. Dan gara² concern sgt apa yg die pakai, Sabtu lepas mase pi jumpa Elma and Jujus kat Jusco Balakong die nak pakai baju tido dora lengkap sepasang and match plak dengan shoes sketchers kale pink. Mmg sedondon mak!